Thursday 8 September 2011

addict ini


sendiri bersama jari
kisah hidup yang dikongsi bersama si antagonis sekalian tak semua dimuntahkan hakikatnya
coretan nukilan hikayat hati yang sering melemparkan kata kata nista memberi impak besar buat diri pembaca
aku cuma seorang pengarang karya hidup aku sendiri
masih mencari hala tuju diri yang kian kabur demi hari
 sang jari bijak bermain dengan segala huruf yang melahirkan pelbagai ayat diminda
aku jatuh cinta pada kau wahai kata kata 
boleh kita terus bercinta di dalam blog penuh gaya
hari demi hari semakin banyak kisah drama dikongsi bersama 
untuk tatapan saudari saudara si antagonis utama.
bukan mudah membina segala ayat berbisa 
perlukan sejuta kata seribu bahasa
si protagonis ini terlalu dahagakan cinta bersama pujangga malaya 
yang tampan lagi berjaya 
tak kisah lah kalau jodoh bersama afgansyahreza mahupun si bruno mars yang cumil juga :)
kata kata bisa membangkitkan segala saraf di dada 
ada sahaja yang nakal bermain di minda 
terima kasih wahai si antagonis sudi membaca 
dari saya si protagonis yang ADDICT bercerita .

No comments:

Post a Comment