Monday 5 September 2011

semuanya kerana






saya tak nak jadi macam ni 
manusia yang terlalu taksub dengan penulisan blog untuk kepuasan sendiri 
most important 
seorang penulis blog mesti lah cumil macam saya si protagonis :)
ini blog saya so saya berhak menulis apa apa sahaja yang saya suka 
saya memang addict dunia penulisan 
sebab bila kita mula berkata kata tiada apa yang mampu menandinginya 
kata kata mampu menguasai dunia 
daripada diam satu benda pun kita tak dapat kan :)
jangan jadi katak yang cuma tahu duduk bawah tempurung buruk 
sesekali keluarlah mencari sesuatu yang dapat membebaskan diri kita dari jerat kehidupan yang penuh liku dan luka .
bagi protagonis cumil ini 
penulisan merupakan ukiran kecil dari lubuk kecil sanubari diri kita sendiri
apa yang terdetik mungkin menyakitkan tapi bila kita sedar siapa diri kita baru kita tahu bahawa segala yang terdetik cuma permainan hati yang kadang kala melukakan .
akal minda sahabat baik hati biar mereka saling ingat mengingati antara satu sama lain
jangan bersedih sang hati takut kelak kau binasa
biarkan segalanya berlalu dan pergi kata sang akal minda bagi mendamaikan sang hati yang lara 
akal minda hati rakan bersama bagi terus bersama jasad yang kaku menanti rapuh
kalau sang hati tak kuat mana mungkin hidup si jasad penuh warna warni
kebahagiaan bermula dari diri kita sendiri
biarkan hati berduka sementara kerana kebahagiaan menanti dihadapan sana .
jari jemari cuma mampu menulis segala yang terlintas dihati sanubari kita 
jari jemari hanya mengikut rentak pergerakan kata kata si hati
mencari setiap huruf menjadi satu perkataan dan akhirnya tercipta satu entri hasil dari hati kecil itu tadi
betapa hebatnya segala yang terlintas dari hati 
hati buka untuk disakiti tapi untuk dimiliki dan dipelihara .
maaf andai si protagonis ini terus menulis tanpa henti
semua ini datang dari hati ini sendiri :)
^farahnurliyanamohdghazali^

No comments:

Post a Comment