Saturday 24 December 2011

kembali seketika

assalamualaikum dari pembicara ,

sudah lama rasanya aku terus diam membisu seribu bahasa
meninggalkan segala entri peneman setia

aku sendiri bersama sepi ,
memadam api yang dulu memanasi hati
kelakar lah ayat berolah bagai ~~

cuba jadi simple sekejap , boleh kan .

aku mati kata kata ,
aku mati segalanya
doktor patut cipta satu ubat penyembuh luka dari sengsara cinta
bosan ~
asyik asyik cinta

sampai disini sahaja
aku lupa bagaimana cara mengolah kata
sibuk dengan kerja
report perlu segera di penuhi nota
jumpa lain masa
salam semuanya

frhnrlyn

Saturday 10 December 2011

aku hentikannya kini

perasaan yang tak mungkin aku hilangkan dari kehidupan seharian
aku sendiri tertipu dengan perasaan hati
kecewa terluka merana terasa di jiwa
ah , mainan kata .

sekali lagi aku terluka kerana dia
sekali lagi aku menangis terkenang kan dirinya
sekali lagi aku lemah terduduk menghadapnya

bodoh rasanya diri terus mencari dia
bodoh rasanya menangisi cintanya

aku semakin menghampiri akhir hidup ku mungkin
hidup yang semakin kabur masa depannya
kerana kau 
ya, kerana kau yang selalu membayangi siang malam aku 
aku penat .... 
aku gagal mengawal segalanya
aku gagal menjadi insan yang sempurna

kini , hari ini , disini , 
aku ingin hentikan segalanya
maaf andai dulu aku kata , "aku belum bisa melupakan kau"
tapi aku kena sedar 
kau sedang gembira bersama dirinya
aku doakan kau bahagia selamanya

aku tahu ,
kau tahu aku kuat 
kau tahu aku tabah
kau tahu aku sayang kau .
tapi itu semua nya dulu .
dulu yang indah dulu yang sempurna
aku cuma mampu berkata kata tatkala hati sedang terluka
maafkan aku kerana belum pernah cuba lupakan kau
tapi aku terpaksa lakukan segalanya
untuk kebahagiaan kita bersama 
kau dengan dunia kau
dan aku dengan dunia aku
semoga kau terus gembira selamanya
cuma ini yang aku pinta
jaga diri kau .
aku sayang kau 

kini aku terus meniti hidup seorang diri 

sekian 
wassalam

frhnrlyn



Wednesday 7 December 2011

datang lagi

aku cuma mampu diam
sekali lagi perasaan ini mengganggu hidup aku
aku tak nak air mata ini terus laju keluar tanpa isyarat
aku tabah
aku sabar
tapi sampai bila aku harus hidup dalam penipuan perasaan aku sendiri
aku sayang dia
dari dulu sampai sekarang
tak pernah pudar
tapi
aku sedar
dia bukan untuk aku
sekali lagi
maaf , perasaan ini terlalu kuat
aku akan cuba lupakan kau .

hati . tolong buka untuk orang lain boleh kan , jangan degil lagi
dia dah berpunya . senyum :) comel ..

sekian
wassalam

frhnrlyn



Sunday 4 December 2011

pasti menanti

setia menanti walaupun disakiti
mungkin ini aku
aku yang terlalu sukar melupakan cinta
aku yang terlalu mengharap pada dirinya
aku yang sering mengingatinya
aku yang kecewa dalam ketawa

sampai bila segalanya beransur seperti sedia kala ,
andai protagonis ini masih mengharap pada dirinya
sekecil kuman tak mungkin aku membenci dia
dia segalanya
dia yang pertama
dia penawar duka
dia juga yang paling istimewa

tapi aku tahu ,
dia bukan untuk aku sebenarnya
berat hati melupuskan segala kenangan berdua
mungkin ini masanya
tapi aku tak kuat
aku gagal untuk sekian kalinya
aku cuma mampu mengingatinya setiap detik saat dan masa
bodoh rasanya diri ini yang cuma tahu dia untuk aku
aku silap . aku tahu aku silap .
kenapa aku terlalu berdegil mencari kasih dirinya
sedangkan dia bahagia bersama insan lain .
aku perlu lupakan dia
tapi apa caranya bila masanya
persediaan bagai meragut nyawa yang bakal hilang bila bila masa
mungkin bodoh menunggu sesuatu yang tak mungkin kita miliki
hakikatnya aku sendiri belum bisa mengerti
perasaan aku
hiba aku
tangis aku
cuma aku yang tahu
aku cuma harap kau akan kembali padaku
hanya itu doa aku setiap kalinya
mungkin mimpi yang belum pasti realiti
aku masih seorang diri menanti penuh erti

sekian
wassalam


frhnrlyn



Saturday 3 December 2011

cuma karya si hati buta

hari ini , aku duduk merenung langit 
cantik ~ biru warnanya 
aku diam bisu kaku ,
tiada kata di hati tiada kata di minda . 
aku kembali menerobos masuk ke alam kegelapanku 
mengimbas kembali detilk pahit manis tawar masin bersama antagonis istimewa ,
ketawa gembira menangis bersama
indahnya ~~
aku tersenyum tawar , mengenang semua kisah 
ingin aku kembali menggapai segala manis dahulu kala 
tapi aku sedar segalanya bagai kaca terhempas ke tanah , tatkala cinta di tolak jejaka istimewa
luka pedih terasa semuanya ada , bercampur baur . aku kaku kedua kalinya
aku tunduk ke bumi , titisan emas jatuh di pipi . 
kenapa mesti semua ini terjadi 
tersiksa saat sedang mencari cinta dia 
merana bila mula mencinta
dia tinggalkan tanpa sebarang kata .
aku kecewa , 
aku terluka ,
kembali merenung langit , mencari sedikit kebahagiaan 
mencari sedikit kegembiraan .
aku tersenyum tatkala pelangi menemani .
terima kasih pelangi , kau ada masa aku berduka
tapi kau akan pergi , 
sama seperti dia yang cuma singgah sekadar menggembirakan seketika
akhirnya aku kembali terluka ~

mampukah kebahagiaan datang semula bersama pelangi indah .
aku semakin tertanya tanya.

sekian 
wassalam

frhnrlyn