Wednesday 30 November 2011

masih bernyawa

assalamualaikum, warga blogger
sudah lama rasanya menyepikan diri dari dunia ketikan sumber idea
bukan sengaja
cuma perlukan ruang untuk berbicara bersama dunia yang sudah tua

tiada idea sebenarnya untuk di luahkan disini ,
aku masih mencari diri aku yang semakin sesat diulit mimpi ngeri
aku hilang arah tuju
aku hilang tempat mengadu
aku hilang tempat bermanja
aku hilang tempat bergurau senda
aku hilang dia dan dirinya
aku sedar , aku cuma insan yang pernah bahagia bersama dirinya suatu ketika dahulu
aku sedar , aku cuma insan yang kini hanya kenangan lamanya yang tidak diperlukan lagi untuk dirinya
aku sedar , aku sudah dilempar jauh dari diri dan akal mindanya
aku juga sedar , aku tidak lagi bererti dimatanya ,
dia sudah ada pengganti hakikatnya
aku cuma mampu tersenyum hambar tanda gembira
tapi aku tahu, hati terluka realitinya .
sudah, hentikan segalanya . berdosa jika terus berdusta
aku cinta kau hingga akhir nyawa
tapi kau bukan milik aku .
biarkan aku terus cintai kau walau cuma dalam diam sahaja
biarkan semuanya terus mekar seperti dahulu kala.
walaupun cuma mimpi semata.
maafkan aku kerana terus biarkan hati ini terluka .
aku janji aku akan terus kuat untuk kau dan juga dunia
maaf kedua kalinya andai aku tiada pilihan kedua
hanya engkau yang pertama dalam dunia
:) percaya aku sedang ketawa gembira melihat kau bahagia (:

sekian
wassalam

frhnrlyn




No comments:

Post a Comment