aku sendiri tertipu dengan perasaan hati
kecewa terluka merana terasa di jiwa
ah , mainan kata .
sekali lagi aku terluka kerana dia
sekali lagi aku menangis terkenang kan dirinya
sekali lagi aku lemah terduduk menghadapnya
bodoh rasanya diri terus mencari dia
bodoh rasanya menangisi cintanya
aku semakin menghampiri akhir hidup ku mungkin
hidup yang semakin kabur masa depannya
kerana kau
ya, kerana kau yang selalu membayangi siang malam aku
aku penat ....
aku gagal mengawal segalanya
aku gagal menjadi insan yang sempurna
kini , hari ini , disini ,
aku ingin hentikan segalanya
maaf andai dulu aku kata , "aku belum bisa melupakan kau"
tapi aku kena sedar
kau sedang gembira bersama dirinya
aku doakan kau bahagia selamanya
aku tahu ,
kau tahu aku kuat
kau tahu aku tabah
kau tahu aku sayang kau .
tapi itu semua nya dulu .
dulu yang indah dulu yang sempurna
aku cuma mampu berkata kata tatkala hati sedang terluka
maafkan aku kerana belum pernah cuba lupakan kau
tapi aku terpaksa lakukan segalanya
untuk kebahagiaan kita bersama
kau dengan dunia kau
dan aku dengan dunia aku
semoga kau terus gembira selamanya
cuma ini yang aku pinta
jaga diri kau .
aku sayang kau
kini aku terus meniti hidup seorang diri
sekian
wassalam
frhnrlyn
No comments:
Post a Comment